Tuesday, July 10, 2012

CERAPAN SEMPENA MINGGU ASTRONOMI KOLEJ MATRIKULASI P.PINANG

 Sempena Minggu Sains di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang serta lain agensi seperti  Muzium dan Galeri Tunku Fauziah Universiti Sains Malaysia turut sama memeriahkan malam cerapan di dataran Pelajar pada 5 Julai yang lalu.Walaupun keadaan cuaca mendung,ia tidak menghalang minat para pelajar untuk mengetahui  bagaimana alatan teleskop berfungsi dan bertanya fenomena  astronomi kepada para petugas yang terdiri dari berbagai agensio yang berkait rapat dengan ulmu falak atau astronomi.Dengan kehadiran Dr Choong Hon Yew serta pelajar  dari Kelab Astronomi , Universiti Sains Malaysia menambahkan lagi kerancakan  dengan mengajar  cara menggunakan peta bintang kepada pelajar.Diakhir program tersebut ,Encik Azam Mat Noor,salah seorang pencinta Ilmu falak telah menggunakan perisian Stellarium bagi menceritakan objek yang dapat dilihat secara maya di skrin putih.Dengan program sebegini diadakan,para pelajar dapat mengenali serta membuka minda akan manfaat mempelajari ilmu yang terawal dikaji oleh manusia.Ini dapat melahirkan generasi yang berilmu serta beramal dengan apa yang dipelajari.
Encik Hairulji sedang mengendalikan teleskop Newtonian sambil penerangan kepada pelajar
Pelajar sedang mengikuti cerapan di dataran Kolej matrikulasi Pulau Pinang sempena Minggu Sains